Lima mangsa rentung disahkan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah

12 May 2022 • 10:09 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 MEI: Lima individu yang rentung dalam kemalangan di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi disahkan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Perkara itu disahkan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajarnya Dr Ahmad Zaki Hasan yang memaklumkan dua mangsa adalah pelajar diploma manakala selebihnya ijazah sarjana muda, lapor Sinar Harian.

“Kesemua mereka sudahpun dikenal pasti hospital dan polis. Kita juga telah maklumkan kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris bagi memudahkan urusan,” katanya.

Mangsa ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Dalam kejadian sekitar 12.52 tengah malam tadi, semua mangsa terperangkap selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan dua treler membawa muatan besi dan mozek.