Spotify For Work Menawarkan Langganan Premium Untuk Kakitangan Syarikat

TechnologyDigital
20 May 2022 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perjalanan pergi ke dan pulang dari tempat kerja sejak akhir-akhir ini cukup menyeksakan kerana kesesakan jalan raya yang kembali ke zaman pra-pandemik. Untuk menghilangkan kebosanan kami menghabiskan masa tersadai di atas jalan dengan mendengar muzik serta podsiar di Spotify. Untuk kenikmatan tertinggi langganan Spotify Premium kami sarankan kerana tidak diganggu dengan iklan.

image is not available

Spotify for Work telah diumumkan minggu ini yang membolehkan majikan memberikan langganan Spotify Premium kepada kakitangan. Dengan perkhidmatan ini kakitangan boleh menikmati Spotify tanpa perlu melanggan menerusi akaun peribadi. Mereka bebas mendengar muzik di dan di luar pejabat. Pendek kata langganan dibayar oleh majikan.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada kakitangan Accenture di Sweden, Latvia dan Lithuania sebagai penawaran rintis. Ia akan dikembangkan kepada syarikat lain yang ingin menawarkan penstriman premium Spotify sebagai salah satu kelebihan menjadi kakitangan syarikat.