“Penat Kadang-Kadang” – Youtuber Azfar Heri Ditegur Agar Jadi ‘Jantan Sejati’ Oleh Netizen

27 May 2022 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Youtuber terkenal dan juga personaliti media sosial, Azfar Heri baru-baru ini meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen yang tampil menegurnya agar menjadi ‘lelaki sejati’.

Azfar atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam juga memuat naik tangkap layar komen individu berkenaan yang diperoleh daripada ruangan komen di saluran Youtube miliknya.

Kata individu itu, dia berharap agar Azfar menjadi jantan sejati dalam komen yang ditinggalkan itu.

Berikutan itu, Azfar meluahkan rasa penat kerana sering mendapat komen-komen seperti itu.

Dia juga meluahkan rasa hairan dengan ayat ‘lelaki sejati’ dan tidak mengerti apa yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang lelaki yang dimaksudkan individu itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga netizen menasihati Azfar untuk tidak terlalu mengambil ‘pusing’ dengan teguran dan kecaman yang diterimanya.

Maksud dia sejati tu kau kena melepak sampai 4 pagi. Terpaling penat sampai tak boleh urus anak. Tunggu bini siap masak dan hidang sambil main game. Agittuw.

Sekadar info, Azfar memang dikenali sebagai Youtuber dan pernah dipilih Top 5 dalam kategori YouTuber Popular untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34.

image is not available 1 minggu lalu

"Kena Pandai Masak Weh" - Kawan 'Promote' Khairul Aming Cari Jodoh, Siap Ada Gadis Indonesia Nak 'Try'