Tersebar Pula Video Pergaduhan Ahli Keluarga Depan Stesen Minyak, Netizen Gagal Siasat Punca Sebenar

Entertainment
6 May 2022 • 8:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pergaduhan

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan satu pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila perbalahan itu dipercayai melibatkan beberapa orang yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga.

Pergaduhan yang boleh dianggap ‘besar’ itu dilihat berlaku di tepi jalan dan ia juga menimbulkan sedikit kesesakan jalan raya kerana orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa ingin tahu mengenai sebab dan punca mengapa perbalahan itu terjadi malah lebih membimbangkan apabila ada juga ibu hamil yang terlibat.

Netizen juga berasa terhibur dengan pengulas video tersebut yang berseloroh dan bersikap kelakar sepanjang dia mengulas pergaduhan tersebut.

Apa-apapun harap pergaduhan tersebut dapat menemui jalan penyelesaian lah ya!

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved