Isteri ‘Warded’ Selama 4 Hari 3 Malam, Suami Terkejut Hanya Perlu Bayar RM17

23 May 2022 • 2:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seringkali, hospital kerajaan dan hospital swasta menjadi isu perdebatan dalam kalangan masyarakat berkenaan servis yang mereka terima, caj yang dikenakan dan sebagainya. Bahkan ada juga yang membanding-bandingkan hospital manakah yang memberikan layanan yang terbaik dan terpantas buat para pesakitnya.

Pergi ATM keluarkan RM400, terkejut hanya perlu bayar RM17

Tular satu ciapan yang dikongsikan pengguna @amirulhanafy di Twitter mengenai pengalamannya yang terkejut dengan bayaran dikenakan terhadap isterinya sepanjang dimasukkan ke dalam wad Hospital Putrajaya.

Menerusi ciapan tersebut, Amirul berkongsi bahawa dia yang sudah bersedia dengan mengeluarkan wang berjumlah RM400, terkejut mendapati bahawa bil yang diperuntukkan untuknya bayar hanyalah sebanyak RM17.

Dia yang sedikit musykil dengan jumlah bayaran itu terus bertanyakan tentang pengalaman isterinya sepanjang berada di hospital.

Isterinya memaklumkan bahawa dia menerima layanan yang sangat baik dari staf-staf di hospital sepanjang dia ditempatkan di sana.

image is not available

Mendengar penjelasan dan penerangan isterinya, Amirul lantas meluahkan rasa hormat serta memuji kemudahan yang disediakan hospital kerajaan.

image is not available

Netizen berkongsi pengalaman sama

Ciapan yang dibuat Amirul itu mendapat respon dari warganet yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Rata-rata mereka turut memuji kemudahan yang disediakan hospital kerajaan kepada pesakit.

image is not available

image is not available

image is not available

Banyak sebenarnya kemudahan yang disediakan hospital kerajaan buat para pesakitnya, mungkin kita sahaja yang tidak ambil tahu.

Kredit: Twitter amirulhanafy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media