(VIDEO) “Pakai Baju Adik Ke Tu?” – Video Menari Tepi Jalan Tular, Netizen Suruh Baby Shima Pakai Baju ‘Oversize’

Entertainment
23 May 2022 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuat naik hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli dilihat menari bersama seorang lagi wanita di bahu jalan di Lebuhraya Temiang-Pantai, Seremban Negeri Sembilan.

Menurut penyanyi lagu Pulang itu, bagitulah reaksinya apabila dimaki oleh orang ramai, kata Shima di ruangan kaption.

image is not available

Reaksi Shima bila orang maki-maki. Baby Shima camB*bi! Baby Shima camsia1! baby shima camkim*k!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang mengecam tindakan Shima menari di lorong kecemasan kerana dianggap bahaya dan melanggar undang-undang jalan raya.

Hati-hati, nasib baik tak ada kereta langgar awak dekat situ.. kalau tak hmm,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga netizen yang menegur pakaian shima yang disifatkan terlalu kecil dan ketat sehingga menampakkan bentuh tubuh badannya.

Kenapa pakai baju adik. – Netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.