3 Individu Positif Dadah Ditahan

5 May 2022 • 11:37 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ujian saringan air kencing mengesahkan kesemua individu positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. - Gambar ihsan polis

PUTRAJAYA - Tiga individu dipercayai positif dadah ditahan polis ketika menaiki van dalam keadaan mencurigakan di kawasan kejiranan Presint 18, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abdul Aziz berkata, mereka dikesan pasukan Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ketika rondaan rutin kawasan kejiranan Presint 18 pada jam 2.20 pagi semalam.

“Pemeriksaan awal ke atas kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga suspek berkenaan tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

“Namun ujian saringan air kencing mengesahkan, kesemua individu berusia antara 24 hingga 27 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga individu terbabit mendakwa mereka bertugas sebagai pekerja kontrak pemasangan paip di Cheras.

“Mereka mendakwa berada di kawasan terbabit kerana kehabisan petrol dan mencari stesen minyak, selain mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi rakan.

“Ketiga-tiga  lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 katanya.

A Asmadi berkata, orang ramai dinasihat agar sentiasa berwaspada dengan sebarang perlakuan mencurigakan individu tertentu, khususnya di kawasan kediaman masing-masing.

“Mereka boleh menghubungi balai polis yang terdekat untuk pengesahan atau membuat laporan sekiranya mengesyaki sesuatu,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022