(VIDEO) “Macam Orang Tua..” – Keletah ‘Bersahaja’ Budak Perempuan Beli Emas Cuit Hati Netizen

Entertainment
10 May 2022 • 3:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah perkongsian di media sosial TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang kanak-kanak perempuan kelihatan seperti ‘orang besar’ ketika berada di kedai emas.

Dalam video yang tular itu, kanak-kanak itu difahamkan sedang membeli emas menggunakan duit raya yang diperolehinya sepanjang lebaran yang disambut tidak beberapa hari yang lalu.

Kata ibu yang juga pemilik video TikTok itu, anaknya meluahkan hasrat untuk membeli emas dan membuatkan dia terkejut kerana si kecil itu sudah menunjukkan minat untuk membeli barang perhiasan berbanding mainan seperti kanak-kanak lain.

Gayanya yang bersahaja sambil menjamah kudapan dan membayar emas yang dibeli menggunakan duit rayanya itu ternyata telah menghiburkan netizen.

Rata-rata memberi komen pujian kepada si ibu kerana telah berjaya mendidik anak untuk ‘melabur’ demi masa depannya kelak.

image is not available

Sumber : TikTok  

Anak korang beli apa pakai duit raya? Ke simpan je?

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO)”Tak Terfikir Kat Situ…”- Lelaki Buntu Cari 'Remote Control' TV Hilang Ketika Tetamu Beraya, Rupa-Rupanya..