Facebook Menghentikan Sokongan Meminta Bantuan Rakan Untuk Pengesahan Akaun

TechnologyDigital
27 May 2022 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sistem pengesahan dwi-faktor adalah sistem pengesahan akaun untuk sekuriti yang lebih selamat pada sesuatu akaun yang memerlukan log masuk bersama nama pengguna dan kata laluan. Ia hadir dengan pengesahan melalui SMS, aplikasi yang memaparkan kod atau juga dengan kunci fizikal.

Di platform media sosial, ada sokongan pengesahan melalui rakan seperti pada WeChat atau Facebook. Jika pengguna terlupa kata laluan atau hilang akses kepada akaun, mereka boleh meminta rakan di platform tersebut untuk bantuan pengesahan.

image is not available

Dalam satu notifikasi pada aplikasi Facebook di iOS hari ini, Facebook memberitahu yang sokongan pengesahan akaun melalui rakan akan dihentikan. Ini mungkin kerana kaedah ini boleh dikatakan sudah lapuk dan rakan anda yang dipercayai mungkin sudah berhenti menggunakan Facebook.

Facebook mencadangkan pengguna untuk mengemaskini alamat emel dan nombor telefon untuk kegunaan pengesahan yang lebih selamat.