Hai fashionista, jom lepak santai, lihat koleksi terkini Kate Spade di Kate Spade Cabana

Women's Fashion
29 May 2022 • 11:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Kate Spade

SEMPENA musim panas kali ini, jenama fesyen terkemuka global, Kate Spade mengajak para peminatnya di negara ini untuk merasai kehangatan konsep baharu yang diketengahkan iaitu Kate Spade Cabana.

Meneruskan naratif Year of Celebration Kate Spade New York, ‘jalan cerita‘ Cabana akan dihidupkan kepada pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia; New York, Amerika Syarikat; London, United Kingdom dan Singapura.

image is not available

image is not available

Di Kate Spade Cabana yang didirikan sementara di Hotel The KL Journal, Kuala Lumpur, para tetamu akan terpesona sebaik melangkah ke ruang yang dihiasi jalur hijau putih yang elegan.

Pada koleksi kali ini, Kate Spade turut menampilkan barisan produk eksklusif mereka berupa beg rotan, tote jerami dan yang bermotif sitrus.

image is not available

Ketua Pegawai Pemasaran Kate Spade New York, Jenny Campbell berkata, dengan konsep terbaharu tersebut, pihaknya berharap dapat menghubungkan label itu terus kepada komuniti antarabangsa.

“Kami menyukai idea bahawa sesiapa sahaja atau di mana-mana lokasi mana pun, orang ramai boleh hadir ke Kate Spade Cabana. Himpunan yang ditawarkan juga mewakili tawaran gaya hidup terbaik jenama ini.

image is not available

“Sesungguhnya, kami memang amat teruja membawakannya untuk para pengguna di sini, di samping mengajak mereka melalui pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan," katanya baru-baru ini.

Hadir sama pada pelancaran acara itu ialah selebriti terkenal, Athisha Khan, Shu Sen, Elyn Leong dan Tong Bing Yu.

image is not available

Selain melakukan pembelian dan berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan dengan pelbagai hadiah menarik, orang ramai juga dipelawa untuk menghabiskan masa untuk bersantai selagi ruang Kate Spade Cabana dibuka hingga 5 Jun depan bermula dari pukul 3 petang.

Layari laman web https://malaysia.katespade.com/new/cabana-pop-up untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

View Original Article