Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Landa 8 Negeri

Politics
5 May 2022 • 4:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Lapan negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jurucakap Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, fenomena itu juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut beliau, cuaca buruk itu diramalkan berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga jam 6 petang nanti.

“Di Kedah, ia melibatkan Langkawi dan Baling; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Kelantan (Jeli); Terengganu (Besut dan Setiu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu di Johor, cuaca buruk diramalkan berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Meradong, Sibu dan Selangau, Mukah, Miri, Marudi dan Limbang.

“Di Sabah pula, ia melibatkan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Jelas jurucakap itu lagi, amaran berkenaan dikeluarkan susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. - Getaran, 5 Mei 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved