Jangkitan harian Covid-19 turun bawah 2,000 kes, lima kematian

17 May 2022 • 10:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 MEI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 1,697 kes semalam berbanding 2,239 kes hari sebelumnya.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,479,809 kes dengan 30,879 daripadanya kes aktif.

Data menunjukkan sebanyak 29,693 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,123 kes menerima rawatan di hospital, 40 kes di unit rawatan rapi termasuk 22 kes memerlukan bantuan pernafasan serta 23 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19.

Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes berlaku di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 35,620 kes.

Selain itu, tiada kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya kekal 7,011 kluster dengan 54 daripadanya masih aktif.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved