Mira Filzah lahirkan anak sulung, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

Entertainment
10 May 2022 • 9:35 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKTRES dan pengacara, Mira Filzah selamat melahirkan anak sulung. Lebih istimewa, ibu dan anak berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Syawal.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dilahirkan pada 2 April 1993 iaitu bersamaan 9 Syawal 1413 pada kalendar Hijrah.

Hari ini, pada 9 Syawal 1443, Mira selamat melahirkan putera sulungnya pada jam 3.40 pagi.

Berita kelahiran cahaya mata diumumkan suaminya, Wan Emir Astar. Pemilik firma W5 Architects itu turut menceritakan detik bersalin dan mengucapkan kesyukuran atas kelahiran anak sulung mereka yang dikatakan mempunyai tangisan nyaring.

image is not available

“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 Mei 2022 pada jam 3.40 pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat walafiat.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” titip Wan Emir Astar yang memuat naik sekeping gambar mereka berdua memegang foto imbasan bayi.

image is not available

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

View Original Article