“Owner Pakai Honda 2-3 Biji” – Gadis Kecewa Gaji Pembantu Taska Susah Naik, Stress Hadap Perangai Anak Kecil

31 May 2022 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah hantaran di media sosial Twitter baru-baru ini telah mengundang perdebatan netizen mengenai isu kenaikan gaji dalam kalangan pembantu taska yang tidak naik meskipun kerajaan telah melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500.

Kata individu itu, dia dan pekerja taska yang lain tidak menerima gaji minimum yang diwartakan kerajaan meskipun ramai kanak-kanak diambil untuk diasuh dengan kadar RM300-RM1000 setiap seorang.

Apa yang lebih dikesalkan apabila kebanyakan ‘owner’ taska ini memiliki gaya hidup mewah namun mengabaikan kebajikan para pekerja di bawah tanggungjawab mereka.

Berikutan itu, individu itu menyoal sama ada pihak kerajaan tidak boleh melakukan apa-apa kerana mereka berasa tertindas dengan keadaan itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ujarnya lagi, kerja yang berhadapan dengan kanak-kanak sememangnya sangat stress dan tidak hairan jika berlaku kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan ataupun taska.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu itu namun ada juga yang merasakan gaji minimum yang diwajibkan kerajaan kepada pekerja tidak sesuai diaplikasikan kepada beberapa sektor pekerjaan kerana membebankan majikan.

image is not available 4 jam lalu

"Lupa Off Lah Ni" - Jauh Datang Nak 'Pickup' Makanan, 'Rider' Kena 'Sidai' Tengok Kedai Dah Tutup