2 Gol Lewat Rodrygo Musnah Impian Final Man City

Football
5 May 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rodrygo meraikan golnya dalam perlawanan menentang Manchester City awal pagi tadi. - Gambar AFP

MADRID - Jaringan penalti Karim Benzema dalam masa tambahan menyaksikan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas mengalahkan Manchester City 3-1 awal pagi tadi.

Gol Riyad Mahrez memberi bayangan City akan melangkah ke final untuk bertemu seteru Liga Perdana Inggeris Liverpool yang mara ke perlawanan penentuan juara selepas mengalahkan Villarreal 3-2 (5-2 agregat) semalam.

Dengan agregat memihak City 5-3, pemain gantian Real, Rodrygo, menjaringkan dua gol di minit ke-90 dan 91 untuk memaksa perlawanan ditentukan dalam ke masa tambahan.

Benzema, yang dikasari dalam kotak penalti, bangkit untuk menjaringkan gol yang memberi kelebihan agregat 6-5 kepada Real dalam satu lagi kebangkitan menakjubkan di Stadium Santiago Bernabeu.

“Detik seperti ini adalah kehebatan kelab ini.

“Ini adalah kelab yang melarang anda daripada berputus asa walaupun tampak seperti semuanya sudah berakhir.

“Kelab ini memberi anda kekuatan untuk terus maju, berjuang, untuk percaya,” kata Ancelotti. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved