“Demam, Nafas Laju” – ‘Parents’ Jangan Ambil Remeh, 4 Jenis Penyakit Berjangkit Ini Makin Membimbangkan

Health & Fitness
9 May 2022 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, penyakit berjangkit seperti Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak dilihat semakin meningkat dan membimbangkan.

Menurut satu perkongsian seorang petugas kesihatan Rashdan Mohamed di Facebook, dia ada menyenaraikan beberapa penyakit berjangkit yang kini menjadi kebimbangan utama negara.

Dalam hantaran tersebut, Rashdan telah menyenaraikan 4 penyakit berjangkit yang menyerang kanak-kanak iaitu MIS-C / Kawasaki, HFMD, RSV dan Hepatitis.

Antara gejala yang sering ditunjukkan pada kanak-kanak yang dijangkiti adalah seperti keletihan, anak kurang makan dan minum, sesak nafas laju dan berbunyi.

Selain itu, gejala lain seperti kekuningan pada kulit serta mata juga mungkin akan berlaku pada si kecil jika terkena jangkitan penyakit berjangkit ini.

image is not available

Sumber : Google  

Apa yang lebih membimbangkan adalah organ utama seperti jantung dan paru-paru mungkin terjejas dan ibu bapa haruslah memantau kesihatan anak-anak yang menunjukkan gejala seperti di atas.

image is not available 1 hari lalu

'Update' Kecurangan Suami Di Media Sosial, Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia