Pemandu Hentikan Bas Dan Cabul Penumpang Wanita Ketika Tidur

9 May 2022 • 12:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Terdapat satu kejadian dimana seorang pemandu bas mencabul seorang penumpang wanita ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka.

Menurut laporan Kosmo, suspek yang berusia 27 tahun itu telah ditahan selepas bas yang dipandunya itu tiba di terminal Melaka Sentral pada pukul 10.30 pagi semalam.

Perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah selepas pihaknya ke terminal berkenaan untuk buat penangkapan.

Mangsa dicabul ketika bas itu berhenti di Ajil, Terengganu pada pukul 4 pagi. Ketika kejadian wanita itu sedang tidur sebelum terjaga selepas badannya disentuh.

Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah pada tengah hari semalam. Kejadian tersebut juga turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Facebooknya.

Rakan saya memaklumkan kawannya dicabul pemandu bas dan saya meminta nombor telefon untuk menghubunginya.

Teruk betul perangai! Nak naik bas pun jadi takut kalau macam ni kan? Semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved