“Nanti Kata Derhaka” – Dicabar TMJ Agar Buat Pendedahan, Sanusi Enggan Ulas Siapa ‘Tokong’

Politics
24 May 2022 • 10:51 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan selepas mencabar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai ‘tokong’ dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu ciapan di Twitter turut meminta Menteri Besar (MB) Kedah itu agar menyertakan segala bukti dan fakta berkaitan dakwaan yang dikeluarkannya.

Ianya selepas Sanusi mencetuskan kontroversi mendakwa ada individu tertentu yang mengawal perjalanan Liga Malaysia, namun tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkannya.

Jelasnya perbuatan itu hanya akan menjejaskan mutu bola sepak negara selain mewujudkan persaingan yang tidak sihat.

image is not available
Foto : Twitter Pemain Ke-12

Terbaharu, beliau yang ditemui media di sebuah majlis Hari Raya di Kulim, Kedah bagaimanapun enggan mengulas cabaran TMJ.

Jelasnya, dia memilih untuk tidak membuat sebarang komen lanjut kerana khuatir akan dilabel sebagai ‘derhaka’.

“Soalan itu (cabaran TMJ agar dedahkan siapa ‘tokong’) tak usah tanya, provokasi.. no comment.

“Nanti depa (mereka) kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka…ini bola sepak derhaka apa, jadi (cukup) la,” katanya dipetik dari Berita Harian.