Solat Jemaah Dengan Kipas, Pelaku Dikira Murtad Dan Wajib Taubat Jika Niat Persenda Ibadat

30 May 2022 • 10:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini viral di TikTok video memaparkan seorang lelaki menjadi ‘imam’ kepada makmumnya iaitu kipas yang dipakaikan telekung solat.

Video pendek itu menunjukkan pelaku memberi salam diikuti dengan kepala kipas yang turut berpusing ke kanan.

image is not available

Mengulas kepada isu itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perbuatan itu merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan pelaku perlu diadili di mahkamah syariah.

Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

Katanya, perbuatan yang menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika solat jelas mempersendakan Islam selain menunjukkan pelaku jahil dalam agama.

Beliau berkata, tindakan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah seorang Muslim.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat pelaku sama ada siuman, ada masalah mental atau sebaliknya.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus turut menjawab isu ini dan menegaskan ianya bukan perkara yang boleh dibuat main atau bergurau.

Kredit: Sinar Harian | Youtube Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved