4 sajian viral guna produk Ayam Brand yang senang sangat nak buat dan tak renyah

FoodCooking
25 May 2022 • 10:04 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
ayam brand

MASIH berbaki lagi tujuh hari sebelum Syawal berakhir. Sudah tentunya ramai sibuk untuk menyediakan sajian enak rumah terbuka buat tetamu tersayang walaupun dah last minute.

Bagi mereka yang buntu untuk memilih menu, Ayam Brand menyediakan empat resipi viral yang boleh membantu menceriakan hari kalian.

Keenakan kulinari istimewa berasaskan santan yang dikongsikan jenama terkemuka di Malaysia dan Asia tersebut pasti meninggalkan momen membahagiakan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, Ayam Brand memberikan alternatif buat pencinta makanan untuk menyediakan sajian dengan cepat dan mudah.

image is not available

"Santan Ayam Brand diperah secara bersih daripada kelapa masak terpilih, kemudian dimeterai dalam pek tetra yang mudah menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT).

"Pelbagai pilihan ditawarkan sama ada Santan Klasik Ayam Brand, Santan Trim Ayam Brand (45 peratus kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5 peratus lemak)," kata jenama itu.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat pilihan sihat iaitu Santan Organik Ayam Brand yang disahkan organik oleh pensijilan organik Kesatuan Eropah.

image is not available

Apa yang lebih menarik, pek santan yang didatangkan dengan penutup kini boleh digunakan sehingga tiga hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Berikut, empat resipi masakan yang dikongsikan tukang masak berpengalaman yang didatangkan khas dari dapur Ayam Ayam Brand:

Rendang Ayam merupakan menu wajib dan mesti ada dalam kebanyakan rumah di Malaysia semasa musim perayaan.

Resipi viral ini dapat menjimatkan masa untuk membuat rendang melalui teknik pintar, namun mengekalkan rasa asli rendang yang terbaik.

image is not available

“Rendang ayam adalah hidangan istimewa saya. Selama bertahun-tahun, saya telah bereksperimen dengan banyak teknik dan olahan untuk menjimatkan masa tetapi masih dapat mengekalkan rasa rendang yang kaya dengan santan ini.

"Menggunakan Santan Klasik Ayam Brand adalah salah satu caranya kerana ia dapat menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyediakan santan pekat dan berkrim secara tradisional.

"Saya tahu setiap pek adalah bersamaan dengan sebiji kelapa menjadikannya begitu mudah untuk dimasukkan ke dalam mana-mana resipi,” kata Fara.

Snek klasik untuk sesi minuman petang ini memang cepat dan mudah disediakan.

image is not available

Malah, hidangan lebih sihat apabila menggunakan Santan Trim Ayam Brand yang hanya mengandungi 45 peratus lemak berbanding santan biasa.

Memang sesuai sebagai juadah mengenyangkan untuk jamuan Hari Raya dan paling penting, anda masih larat untuk menjamah menu lain.

Kuih tradisional kegemaran ramai, hidangan manis yang berwarna-warni dan menawan ini akan menceriakan mana-mana tempat letak kuih atau dulang hidangan.

image is not available

“Nona Manis ini manis, sangat cantik dengan bau pandan dan pati santan. Jika dibuat dengan betul, anda boleh merasai kasih sayang dalam setiap gigitan.

"Oleh kerana kebanyakan kuih dan biskut kaya dengan santan, saya menggunakan Santan Trim Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 45 peratus lemak untuk menambah rasa ringan sambil mengekalkan rasa,” jelas Wan Sakinah.

image is not available

Pencuci mulut Thai yang unik ini hanya memerlukan bahan yang sentiasa ada di dapur seperti santan, air, garam, gula dan jus bunga telang sebagai pewarna semula jadi.

Hanya dengan memanaskan dan mengukus selama 25 minit sebagai kaedah memasak, anda akan dapat menghasilkan pencuci mulut yang cantik dan lazat tanpa sebarang kerumitan dalam penyediaannya.

image is not available

“Keluarga saya suka rasa kebaikan santan pencuci mulut Thai ini. Bunga Khanom Chan ialah juadah yang membuatkan semua tetamu kami bertanyakan resipinya.

"Saya menggunakan Santan Super Light Ayam Brand™ kerana ia lebih ringan dan memberikan rasa yang lebih halus pada pencuci mulut ini. Cubalah sendiri, anda pasti menyukainya,” kata Rozita.

image is not available

Semuanya nampak menyelerakan! Jadi, mana satu resipi viral yang menjadi pilihan kalian?

Nantikan juga pek nilai Santan Ayam Brand™ (3 X 200ML) yang boleh didapati pada harga RM8.55 di pasar raya berhampiran atau Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut atau mahu lebih banyak resipi unik, layari www.ayambrand.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI