2022 Proton Saga MC2 Diperkenalkan Dengan Kemaskini Rekaan, Sokongan Nirkunci, Harga Bermula RM34k

TechnologyDigitalCars
12 May 2022 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Proton hari ini telah memperkenalkan kereta terbaru mereka dibawah keluarga Proton Saga, iaitu 2022 Proton Saga MC2.

image is not available

2022 Proton Saga MC2 dilihat mengekalkan penggunaan enjin sedia ada, tetapi turut hadir dengan kemaskini rekaan dalaman – termasuk sokongan untuk menghidupkan enjin nirkunci seperti kebanyakkan kenderaan moden hari ini. Kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.3L yang mengeluarkan output 95PS dan pecutan 120Nm.

image is not available

Disamping itu, Proton turut menyertakan skrin inforia bersaiz 7-inci yang boleh dihubungkan ke peranti Android atau iOS.

Dari segi harga, versi asas hadir pada harga RM34,400, dan ia meningkat kepada RM44,300 untuk model Premium S. Untuk makluman, harga ini masih tertakluk kepada pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022.

image is not available