
Terdapat satu kes kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya dan pihak polis telah menerima laporan daripada Hospital Serdang tentang kejadian itu. Allahu, kesiannya..
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Kajang, Selangor semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Pihak Hospital Serdang memaklumkan menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh.
Keterangan daripada pengasuh sudah diambil. Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi itu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan perkara ini diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan.
Kredit: Harian Metro
The post Bayi Lelaki Berusia 11 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh appeared first on Oh! Media.
