“Lapar FYP Ke Bro?” – Konon Anak Saudara Rosakkan Koleksi Mainan Masa Beraya, Lelaki Kantoi Ambil Gambar ‘Google’

10 May 2022 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular di laman TikTok video perkongsian oleh seorang pengguna yang meluahkan kekecewaan apabila koleksi mainan yang disimpan habis dirosakkan oleh anak saudara yang datang beraya.

Namun, baru-baru ini seorang lagi pengguna TikTok telah memuat naik satu hantaran video yang membongkarkan perkara sebenar bahawa gambar-gambar di dalam video tersebut merupakan gambar yang diambil daripada portal carian ‘Google’.

Sejurus itu, lelaki tersebut terbukti hanya ingin mencari perhatian dan publisti selepas tular sehingga di panggil masuk di siaran radio Era.

image is not available

Hahaha. Next!! You are busted!! Lapar FYP ke bro?

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 570.6K tontonan, 51K tanda suka, dan 2.7K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui tentang perkara sebenar.

Gambar dua-dua tu berbeza. Saya pun terscam tadi ingat betul-betul. Tajamnya mata dia. – Netizen.

“Tak benda dah masuk radio Era kot pagi tadi… Enjoy je lah,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO) “Macam Orang Tua..” - Keletah 'Bersahaja' Budak Perempuan Beli Emas Cuit Hati Netizen