Huawei Watch Fit 2 Kini Di Malaysia – Berharga Bermula RM599

TechnologyDigital
19 May 2022 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna di Malaysia hari ini turut menerima kemas kini untuk penjejak kesihatan daripada Huawei. Dikenali sebagai Huawei Watch Fit 2, ia masih mengekalkan beberapa elemen seumpama pendahulunya. Muka jam berbentuk segi empat membulat yang dipadankan dengan butang fizikal pada sisi kanan.

image is not available

Menariknya untuk kali ini terdapat beberapa variasi tali jam berbeza yang ditawarkan. Ini termasuklah Active edition berharga RM599 dan Elegant Edition ditawarkan pada RM699.

image is not available

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin1.74-inci AMOLED dengan resolusi 336 x 480 piksel dan kepadatan piksel 336ppi. Skrin ini menggunakan kaca melengkung di sisi dengan padanan bingkai aluminium. Ia turut disertakan dengan pembesar suara yang membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk terus daripadanya.

image is not available

Dalam masa sama, ia turut dimuatkan dengan pelbagai sensor pemantauan kecergasan dan kesihatan terbina. Ia menawarkan sehingga 97 mod sukan terbina, di samping sistem Truseen 5.0 yang menjanjikan penggunaan lebih baik terutamanya bagi sokongan GPS. Bateri yang disertakan menjanjikan ketahanan sehingga 10 hari untuk penggunaan biasa, seterusnya berkurang kepada 7 hari untuk penggunaan yang berat.