Jangan Terpedaya Kerana Ini Bukan iPhone

TechnologyDigital
31 May 2022 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini mungkin Apple akan menggantikan takuk pada skrin dengan dua lubang skrin iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Era takuk besar pada Android telah lama berakhir selepas teknologi lubang kamera, dan kamera bawah skrin diperkenalkan. Tetapi di China masih ada pengeluar yang masih ingin menawarkan peranti dengan rekaan yang sudah agak ketinggalan zaman.

image is not available

Letv Y1 Pro ialah peranti Android dengan rekaan mirip sebuah iPhone 13. Peranti ini dilengkapi skrin 6.54″ IPS LCD HD+, dijanan cip Unisoc T310, memori sebesar 4GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4000 mAh.

Kamera utama menggabungkan sensor 8MP dan pengesan kedalaman sementara kamera hadapan pula sebesar 5MP. Tiada sensor imbasan wajah 3D disertakan maka penggunaan takuk skrin yang besar ini nyata sekadar estetik.

Peranti turut tidak mempunyai sebarang pengimbas cap jari tetapi masih mempunyai bicu audio 3.5mm tidak seperti iPhone 13. Sistem operasi yang digunakan pula masih lagi Android 11. Letv Y1 Pro dijual pada harga bermula RMB499 (~RM329) yang menjadikannya klon iPhone 13 paling mampu milik.