Kanak-Kanak OKU Rentung, Rumah Terbakar

1 May 2022 • 10:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang kanak-kanak perempuan OKU maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam tadi. - Gambar dari media sosial

SARATOK - Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada jam 8.18 malam tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dan telah terbakar 100 peratus. Dimaklumkan terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan OKU berusia 12 tahun, ditemui (rentung) di dalam bilik tidur.

“Operasi terkawal pada jam 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. - Bernama