Hari Raya Aidilfitri Disambut Esok, Isnin 2 Mei 2022 [Video]

1 May 2022 • 8:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022 (1443H) pada esok, Isnin, 2 Mei.

Pengisytiharan tarikh Aidilfitri tersebut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan di media sosial sekitar jam 8 malam tadi.

Pengumuman tersebut agak mengejutkan orang ramai kerana kita sebelum ini dijangka menyambut 1 Syawal pada Selasa, 3 Mei 2022.


Sebagai info umat Islam di seluruh Malaysia mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.