
Tular di aplikasi TikTok, video hantaran daripada seorang pengguna yang berasal dari Pakistan dikenali sebagai Humaira Asghar yang didakwa sengaja menyalakan api sehingga menyebabkan kebakaran hutan.
Menurut laporan Free Press Journal, perkara itu kini menjadi trend di Pakistan dan kebanyakkan influencer di sana sanggup untuk melakukan apa sahaja demi content di media sosial.
Menerusi video tersebut, Asghar dilihat berjalan menuruni bukit Margalla Hills di Pakistan sambil dibelakangnya api bergerak perlahan beserta lagu sebagai latar muzik video itu.
Malah, lebih menyedihkan Asghar bukan satu-satunya influencer yang didakwa membakar hutan hanya untuk kandungan media sosial.
Menurut laporan India Express, seorang lelaki turut ditahan kerana sengaja membakar hutan untuk dijadikan sebagai latar bagi kandungan videonya di bandar Abbottabad.
?????? ?? ?????? ??? ?? ????? ???? ?????? ?? ????? ????? ????@ahsanpsp @dcislamabad pic.twitter.com/7Ke0znzms8
— sajid sheikh (@sajidsheikh321) May 16, 2022
Menerusi video tersebut, dua lelaki dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan sebagai latar video tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Ibu Bapa Nekad Saman Anak Menantu RM2.8 Juta, Bagi Tempoh Setahun Untuk Timang Cucu
The post (VIDEO) Demi ‘Content’, Bakar Hutan Kini Jadi Trend Di Aplikasi TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


