Lampard yakin Everton mampu elak penyingkiran

Football
9 May 2022 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Everton, Frank Lampard memuji aksi yang dipamerkan anak buahnya apabila mereka berjaya keluar daripada zon penyingkiran selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Leicester di Stadium King Power pada Ahad.

Lampard yakin kemenangan tersebut akan membantu meningkatkan motivasi pemain The Toffees yang sebelum ini bergelut untuk menampilkan aksi yang terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya bangga dengan cara mereka bermain hari ini. Meskipun perlawanan ini agak sukar namun mereka bermain dengan sangat baik dan saya lihat keyakinan mereka semakin bertambah.

“Mereka memang layak untuk menang perlawanan ini berdasarkan apa yang ditampilkan. Saya harap mereka dapat kekalkan momentum ini dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Everton bermula dengan baik apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum melalui pemain pertahanan Vitaliy Mykolenko sebelum anak buah Brendan Rodgers menyamakan kedudukan melalui gol Patson Daka pada minit ke-11.

Bagaimanapun, Mason Holgate berjaya meletakkan Everton kembali memimpin perlawanan pada minit ke 30 sekali gus kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan, Everton kini berada di tempat ke-16 dengan mengumpul 35 mata dalam 34 perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved