Lelaki Tipu Sewa Tapak Bazar Ramadan Dicekup Polis

9 May 2022 • 8:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang warga tempatan ditahan Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan sewaan tapak Bazar Ramadhan dan Festival Aidilfitri di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Jabatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Mahidisham Ishak berkata, pemuda yang berusia 19 tahun itu disyaki sebagai dalang utama dalam penipuan tersebut.

Menurut beliau, modus operandi digunakan suspek ialah menjanjikan tapak Bazar Ramadhan dan Festival Aidilfitri Stadium Bukit Jalil dengan bayaran pendahuluan dibayar ke akaun miliknya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah dijanjikan satu tapak di Bazar Ramadhan dan Festival Aidilfitri Stadium Bukit Jalil dengan bayaran pendahuluan antara RM1,500 hingga RM2,700.

“Semua mangsa hanya menyedari ditipu selepas penganjur bazar stadium terbabit mengesahkan bahawa Bazar Ramadhan dan Festival Aidilfitri tidak diteruskan dan pihak urusan bazar tidak menerima wang pendahuluan yang dibayar oleh mangsa,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan mengenai kegiatan penipuan tersebut dari 30 Mac hingga 14 April lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sebanyak RM11,300 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu lalu hingga 10 Mei nanti untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tampil membuat laporan polis jika telah ditipu atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Cheras, Asisten Supritendan (ASP) Janarthanan Nair Govindan di talian 012-5734374,” ujarnya. - Getaran, 9 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved