Huawei Mengacah Kehadiran Watch GT 3 Pro Untuk Pasaran Tempatan

TechnologyDigital
12 May 2022 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei sebelum ini telah mengesahkan yang mana beberapa acara pelancaran produk bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Ia merangkumi pelancaran global pada 18 Mei 2022, kemudian diikuti dengan pelancaran untuk pasaran Malaysia pula pada 19 Mei 2022. Melaluinya, beberapa produk baharu bakal diperkenalkan dan salah satu daripadanya adalah Huawei Watch GT 3 Pro.

Selain dilengkapi dengan pilihan bahan dan kemasan yang tampak eksklusif, jam tangan ini turut diiklankan boleh digunakan untuk menyelam sehingga 30 meter. Dalam masa sama, ia juga menyokong penarafan kalis air 5 ATM dan IP68 sebagai pelindungan tambahan. Seterusnya, salah satu ciri utama padanya adalah pengesan tekanan darah sensor ECG dan nadi TrueSeen 5.0 untuk pemantauan kesihatan yang baik. Bateri yang disertakan pula dikatakan mampu bertahan lama sehingga 14 hari lamanya bergantung kepada jenis model.

image is not available

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran jam tangan ini di Malaysia, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak. Bersama-sama dengannya, Huawei juga akan memperkenalkan peranti boleh-lipat baharu iaitu Huawei Mate Xs dan beberapa lagi produk lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved