Perang Raya! Netizen Berbalah Isu Tetamu Datang Beraya Habiskan Sebalang Kuih Raya. Salah Ke?

Food
9 May 2022 • 8:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kuih raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri, mengunjungi rumah sanak-saudara dan jiran tetangga sememangnya perkara ‘wajib’ dilakukan setiap keluarga ataupun individu.

Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan menyediakan makanan dan kuih raya untuk tetamu yang menghadiri rumah mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter ini, dia memberitahu dirinya sering menghabiskan kuih raya yang dihidangkan oleh tuan rumah jika ia mengikut cita rasa beliau.

Bukan hanya menghabiskan kuih raya, malah lelaki terbabit juga akan pergi ke dapur untuk bertanya kepada tuan rumah jika ada lebihan kuih untuk di bawa pulang.

Bagaimanapun, perkongsiaannya itu mendapat perhatian ramai dimana ada yang merasakan tindakan tersebut tidak beradap kerana tidak memikirkan orang lain yang ingin beraya di rumah berkenaan.

Tak tahu malu, takde adab!

image is not available

Ohmedia kurang setuju sikit dengan statement tetamu datang lain-lain masa baru boleh makan banyak. Aik, bukan ke kita perlu layan tetamu selama 3 hari? Hmm…

Biarpun ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut, ada juga netizen yang merasakan tindakan itu merupakan perkara yang boleh mengembirakan tuan rumah kerana berasa seperti tetamu menghargai makanan-makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.

Habis musim raya nanti tak ada orang nak makan dah…

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media