Nak Tahu Siapa Nina, Tonton Seribu Nina Di Viu 

Entertainment
11 May 2022 • 1:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sejak viralnya video si gadis berbaju kuning diserbu sekumpulan individu misteri yang mencari seseorang bernama Nina dan kemudian tiba-tiba lesap di dalam bilik stor, ramai yang tertanya-tanya siapakah Nina yang dicari? 

Apa kaitannya Nina dengan sekumpulan individu individu misteri yang berpakaian seragam dan mengapa mereka menyerbu gadis berbaju kuning itu? 

image is not available

Untuk mengetahui siapa Nina, saksikan siri Viu Original berjudul Seribu Nina yang membariskan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Adriana Adnan, Marsha Milan dan Fahmy Reza bermula 19 Mei ini? 

Dalam siri drama ini, Syafiq Kyle membawakan peranan sebagai Amar yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Nina. Dia terfikir untuk mengahwini kekasihnya itu.

image is not available

Namun, Nina yang bertentangan karakter  dengannya hampir hilang dan muncul dengan pelbagai versi Nina yang lain. Ada yang gila, ada yang menjadi pembunuh. Bahkan, ada di antara versi baharu itu lebih sempurna daripada Nina yang asal dan sebenar. 

Sejak itu, Amar telah memulakan pencarian Nina yang sebenar kerana Nina yang dikenali itu adalah Nina yang amat dicintainya. 

image is not available

Pengembaraan Amar mencari Nina memang agak rumit dan tidak masuk akal, namun ada beberapa momen aksi yang berbahaya tetapi sangat kelakar yang dipaparkan dalam siri baharu bergenre fantasi romantis komedi  yang bakal menghiburkan penonton setia Viu. 

image is not available

Tak sabar nak tengok siapa Nina yang sebenar dan apa kaitan dengan individu misteri berbaju hitam dalam drama Viu Original ini? 

Kenalah tonton drama  Seribu Nina yang bakal ditayangkan 19 Mei ini di Viu. Tunggu apa lagi, jom ‘layan’ drama-drama  yang best tanpa had dan banyak lagi di www.viu.com.

Gambar: Viu 

View Original Article