TikTok Menguji Permua Dalam Aplikasi Di Vietnam

TechnologyGamingDigital
20 May 2022 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TikTok Amanz

Aplikasi yang paling popular khususnya di kalangan pengguna muda ialah TikTok. Ia mempopularkan format video pendek menegak yang kemudiannya tular ke platform lain. Dengan jumlah masa yang dihabiskan dalam aplikasi kini tinggi, ia kelak akan semakin meningkat kerana TikTok mula menguji permua dalam aplikasi secara terbina.

image is not available

Ujian telah dilakukan di Vietnam pada waktu ini pada skala kecil menurut laporan Reuters. Permua mini ini menggunakan teknologi HTML5 untuk dimainkan dalam aplikasi dengan ada yang dibangunkan oleh syarikat ketiga seperti Zynga menurut sumber.

Sudah menjadi lumrah pemilik platform sekarang untuk menawarkan ciri baharu dalam aplikasi untuk mengekalkan jumlah pengguna aktif harian. Hanya beberapa bulan lalu TikTok meningkatkan panjang video ke 2 minit berbanding hanya 30 saat ketika aplikasi dilancarkan. TikTok mengambil langkah berbeza dengan pesaing kerana tiada platform metamesta atau audio seperti yang diambil oleh Meta dan Twitter.