Team Selangor edar lemang, rendang meriahkan suasana hari raya

5 May 2022 • 9:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 MEI: Team Selangor mengedarkan 100 batang lemang kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak baru-baru ini.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata program dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor (PeBS) itu dilaksana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Selain lemang kita turut mengedarkan 400 pek rendang kepada penduduk kurang berkemampuan (B40) untuk bersama merasai nikmati sambutan perayaan.

image is not available
Team Selangor membakar lemang untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor

“Insya-Allah inisiatif ini akan diteruskan lagi di kawasan lain pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Syahaizel turut diedarkan 1,050 pek bubur lambuk secara percuma kepada penduduk sekitar.

“Bubur lambuk itu dimasak dan dibungkus sendiri oleh sukarelawan Team Selangor kemudian diedarkan kepada masyarakat,” katanya.

image is not available
Team Selangor mengedarkan rendang kepada penduduk sekitar Sungai Tua dan Batu 12 Gombak baru-baru ini. Foto : Facebook Selangor Lestari by Team Selangor

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved