Plaza Tol Bentong sesak sejak tengah hari

8 May 2022 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BENTONG - Keadaan trafik sesak di Plaza Tol Bentong menuju ke Kuala Lumpur sejak jam 12 tengah hari Ahad.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kesesakan berlaku berikutan pertambahan kenderaan dari Pantai Timur kerana warga kota pulang ke ibu negara selepas seminggu bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada Ahad memaklumkan kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong Timur ke arah Bukit Tinggi (arah barat) sejauh 21 kilometer.

Bagaimanapun, LLM memberitahu keadaan trafik dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak lancar namun berlaku sedikit kesesakan selepas Plaza Tol Gombak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved