Bantu anak lambat bercakap, ibu bapa disaran daftar program saringan percuma

16 May 2022 • 4:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) mengadakan program saringan dan pengesahan kanak- kanak berkeperluan khas secara percuma sepanjang tahun ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan inisiatif tersebut bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya.

“Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? yang paling penting, ianya percuma.

“Warga Selangor jangan lepaskan peluang anda untuk mengisi maklumat anak anda melalui pautan https://www.anisselangor.com/saringan supaya kami boleh mendapatkan maklumat anak anda,” katanya.

Anis memaklumkan program saringan yang dilaksanakan secara sekali khusus untuk kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan atau rujukan daripada doktor pakar.

“Rumusan laporan dari sekumpulan pakar dari pelbagai bidang akan diberikan kepada para ibu bapa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved