“Ramalanku Benar Belaka” – Usai Pandemik, ‘Amaran’ Bill Gates Mengenai Serangan Cacar Jadi Kenyataan

Technology
23 May 2022 • 4:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa tidak kenal Bill Gates yang merupakan seorang figura penting dalam pembangunan serta pengasas bersama Microsoft.

Sejak kebelakangan ini, Bill Gates dilihat aktif membincangkan mengenai soal kesihatan seperti penularan wabak dan pembangunan vaksin di seluruh dunia.

image is not available

Sumber : Google  

Bill Gates pernah membincangkan mengenai isu COVID-19 selain turut memaklumkan agar negara di dunia bersiap sedia dengan kehadiran wabak baru serta cacar, kira-kira tujuh bulan yang lalu, seperti laporan Sinar Harian.

Dan pada ketika ini, ramalan dan amaran lelaki itu menjadi nyata kerana serangan cacar monyet sudahpun dilaporkan merebak di 12 buah negara pada ketika ini.

Ketika sesi temubual bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt dalam program Policy Exchange pada November tahun lalu, Gates ada menyarankan agar para pemerintah melabur bagi tujuan R&D yang sememangnya menelan belanja yang tinggi.

image is not available

Sumber : Google  

Dia juga mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia agar membelanjakan puluhan bilion dolar dalam hal-hal seperti penyelidikan bagi membasmi wabak yang semakin banyak melanda penduduk dunia.

Katanya lagi, isu penularan wabak yang lebih serius daripada COVID-19 mungkin sahaja berlaku sekiranya orang ramai serta para penyelidik mengambil enteng perkara yang sedang berlaku pada ketika ini.

image is not available 5 jam lalu

Makin Banyak Kes Dilaporkan, Ini Fakta Tentang 'Monkeypox' Semua Kena Ambil Tahu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved