Pengarah Pembelajaran Mesin Apple Meletakkan Jawatan Kerana Arahan Kembali Ke Pejabat

TechnologyDigital
9 May 2022 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kehilangan pengarah bahagian pembelajaran mesin mereka Ian Goodfellow kerana arahan pulang semula ke pejabat yang dikeluarkan pada 11 April lalu. Menurut laporan ciapan wartawan The Verge Zoe Schiffer, Goodfellow mengeluarkan memo kepada kakitangan dimana beliau percaya kelonggaran adalah polisi yang lebih baik untuk pasukan beliau. Oleh sebab kelonggaran tidak diberikan beliau telah meletakkan jawatan.

image is not available

Peletakan jawatan Goodfellow adalah merugikan Apple kerana beliau diberikan gelaran “bapa general adversarial networks (GAN)” yang digunakan dalam beberapa sistem kecerdasan buatan. Sebelum bertugas di Apple sejak 2019, Goodfellow bertugas di Google selama enam tahun.

Apple mengarahkan kakitangan kembali ke pejabat tiga hari seminggu bermula 23 Mei hadapan untuk waktu kerja hibrid baharu selepas pandemik. Di Google kebenaran untuk bekerja selamanya di rumah telah diberikan kepada beberapa pasukan walaupun selepas pandemik tamat.

Isu bekerja dari rumah hangat didebatkan di seluruh dunia. Di Malaysia dalam sebuah tinjauan tahun lalu, 69% responden ingin kekal bekerja dari rumah perlu diberikan tetapi majikan pula ingin kembali kepada norma lama.


[Sumber] Sumber – 9to5 Mac [/sumber]