Oppo Find X5 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
19 May 2022 • 7:28 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo Find X5 Pro yang diumumkan dalam pasaran China pada bulan Februari 2022 lalu kini sudah masuki pasaran Malaysia. Ini adalah telefon berkelas flagship daripada Oppo. Apa yang anda perlu tahu adalah ia diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 1 dan kameranya ditala bersama dengan Hasselblad.

Harga Oppo Find X5 Pro 5G di Malaysia

Hanya ada satu varian Find X5 Pro 5G di Malaysia iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Tanda harga rasmi yang dimilikinya adalah RM4,999. Menariknya, harga telefin ini sama seperti salah satu produk subjenamanya, Vivi X80 Pro.

Untuk perbandingan, Find X3 Pro tempoh hari dijual pada harga RM4,299.

image is not available

Yang berminat untuk mendapatkan seunit telefon ini, ia mula dijual 28 Mei 2022. Seperti biasa, ada promosi pembelian awal akan berlangsung. Sehingga 27 Mei 2022 ini, pengguna yang lakukan tempahan awal akan terima hadiah bernilai sehingga RM1,397.

image is not available

Antara yang terkandung di dalamnya adalah Oppo Enco X2 TWS (RM799), jaminan 1 tahun daripada skrin retak (RM399), 1 tahun jaminan tambahan (RM199), dan beberapa kelebihan lain bila anda log masuk ke APP My Oppo.

Pelanggan yang melakukan temapahan awal di gedung dalam talian, Shopee, ataupun Lazada akan terima casing telefon Kevlar bernilai RM129 dan pin tambah nilai TnG eWallet bernilai RM100 dan baucar RM100.

image is not available

Spesifikasi Oppo Find X5 Pro

Ini adalah telefon paling premium Oppo setakat ini. Di bahagian depan, anda beroleh panel paparan QHD+ sebesar 6.7" yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, ia ada cip Snapdragon 8 Gen 1 yang bergandingan dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

image is not available

Bahagian belakang, sistem triakamera belakang Find X5 Pro berada disebalik perumah yang cantik rekaannya. Dua daripada kamera ini adalah kamera 50MP iaitu kami utama dan kamera ultralebar. Kamera ketiga adalah lensa telefoto 13MP yang ada 5x zum hibrid dan sehingga 20x zum digital.

image is not available

Spesifikasi kamera hampir sama seperti Find X3 Pro tapi kali ini Oppo memperkenalkan cip MariSilicon X, cip pemproses neural hasilan mereka sendiri yang katanya menyuntik kemampuan pemprosesan AI lebih baik pada isyarat imej yang diterima sensor.

image is not available

Untuk berselfie, kamera ini ada kamera di penjuru kiri paparan yang dilengkapi sensor 32MP.

image is not available

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,00mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan AirVOOC 50W. Daripada sifar kepada 50%, Oppo katakan yang telefon ini Cuma ambil masa 12 minit sahaja.

image is not available