SPRM siasat perolehan berkaitan Covid-19

24 May 2022 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melakukan siasatan terhadap perolehan berkaitan Covid-19 yang didakwa mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

"Ia menyedihkan. Negara berada dalam pandemik dan darurat (sebelum ini) namun beberapa perolehan terpalit rasuah," katanya.

Menurutnya, siasatan yang sedang dilakukan adalah termasuk aktiviti rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan, penipuan berkaitan peralatan perubatan dan sebagainya.

"Penipuan berkaitan perubatan merangkumi pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain yang didapati palsu atau berkualiti rendah," katanya dalam ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu jelas menunjukkan masih terdapat pihak yang mengambil kesempatan menikmati wang haram hasil daripada 'kesakitan' atau kemalangan orang lain.

"Saya memberi jaminan kepada semua orang bahawa SPRM bekerja sepanjang masa untuk memastikan rasuah sentiasa disemak dengan baik di Malaysia," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved