
Sebuah perkongsian TikTok ini mungkin akan membuatkan anda terpukau kerana majlis perkahwinan pasangan mempelai ini seolah-olah seperti ‘Wedding of The Year’ kerana begitu gah dan meriah.
Difahamkan wanita yang berasal dari Suku Suluk Sabah itu telah menerima wang hantaran sebanyak RM400,000 selain kos bersanding di pelamin ala-ala ‘Cinderella’ itu telah menelan belanja sebanyak RM600,000!
Berikutan itu, ramai netizen menganggap wanita itu sebagai bertuah kerana mengadakan majlis perkahwinan yang pastinya, diidamkan oleh setiap insan yang bakal mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta.
Foto-foto sepanjang majlis dan keindahan busana serta pelamin bertemakan alam fantasi itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook dan juga TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan merasakan perkahwinan pasangan tersebut melebihi taraf artis-artis di Malaysia.
Namun, ada juga yang tak percaya dan beranggapan kisah perkahwinan itu hanyalah fantasi ‘baca boleh percaya jangan’.
Apa-apapun marilah kita doakan pasangan ini kekal bahagia sampai ke akhir hayat ya!
"Takyah Kahwinlah Kau Ni!" - Dengki Tengok 'Lifestyle' Bakal Suami Sempurna, Luahan Wanita Ini Dikecam Ramai
The post “Wedding Of The Year” – Pelamin RM600k, Duit Hantaran Cecah RM400k, Netizen Terpukau Lihat Majlis Gah Pasangan Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![“Meriah” – [VIDEO] Pengantin ‘Rare’ Sanding Atas Lori Pembinaan, Ikut Tradisi Keluarga](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)