SPRM tahan peguam disyaki terima sogokan RM100,000

13 May 2022 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam kerana dipercayai menerima rasuah kira-kira RM100,000 kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara kira-kira jam 4 petang Jumaat.

"Peguam berkenaan sebelum itu dikatakan sudah meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat berkenaan yang mempunyai kaitan dengan sebuah projek pembangunan.

"Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved