KVC Akan Menawarkan Pilihan Pengecas Kenderaan Huawei Di Malaysia

TechnologyDigitalCars
24 May 2022 • 10:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Malaysia dan juga KVC Industrial Supplies kini telah memeterai perjanjian, sekaligus akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam memenuhi permintaan untuk pengecas kenderaan elektrik di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, KVC Industrial Supplies akan mendapatkan perolehan daripada Huawei untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik – sementara Huawei akan memfokuskan sebagai penyedia teknologi dan latihan produk kepada KVC.

image is not available

KVC sedia menawarkan sejumlah produk elektrik kepada pelanggan mereka. Pada hari ini, KVC sedia menjual dan memasang sekitar 150 pengecas elektrik di perumahan, komersil dan juga kawasan industri.

Dengan lebih ramai mendapatkan kenderaan elektrik, akan memerlukan lebih banyak pengecas diperlukan. Buat masa ini, ia tidak dinyatakan secara spesifik apakah model pengecas kenderaan khusus yang akan ditawarkan oleh KVC dari Huawei ini.

KVC juga turut menyatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak lain – sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan dan juga pengalaman baik kepada pengguna.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved