“Tak Lama Cerai La Ni…” – Suami Ajak ‘Awek’ Lain Menari Sama-Sama Depan Isteri Hamil Dikecam Netizen

Entertainment
9 May 2022 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gurauan sesama suami isteri sememangnya dituntut kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan selain menceriakan hari antara satu sama lain.

Namun, jika ia melampaui batas, bimbang hubungan mesra bertukar menjadi suram pula apatah lagi jika ia dimuat naik ke media sosial untuk tatapan umum.

Seperti perkongsian video oleh seorang lelaki ini yang menurut netizen tidak segan silu menari bersama wanita lain meskipun isteri sedang sarat hamil.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan kekasih kepada kawannya dan tindakan itu ternyata telah membuatkan netizen geram.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya mengecam tindakan lelaki ini yang tergamak berseronok bersama wanita lain dan seolah-olah tidak menjaga hati isteri.

image is not available

Sumber : TikTok  

Kata netizen, lelaki itu sepatutnya lebih ‘berpada-pada’ dan menjaga batas sebagai seorang suami ketika bergurau.

Kalau bini tak marah sekalipun, tak boleh la buat macam ni bang, tak manis. – netizen

Malah ada juga yang berpendapat tidak lama hubungan suami isteri ini akan berkekalan jika masing-masing berkelakuan seperti ini.

“Kadang-kadang kita ingat perkara tu remeh, tapi kita tak tahu perasaan pasangan.” kata netizen lagi.

image is not available 24 jam lalu

(VIDEO) ‘Customer’ Dilayan Dengan Buruk, Netizen Kecam Pemilik Hotel Dan Staff Bersikap Kurang Ajar