Lahirkan Putera Sulung, Rihanna Selamat  Bergelar Ibu!

Entertainment
20 May 2022 • 4:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selebriti pop tersohor, Rihanna selamat melahirkan anak pertamanya di Los Angeles hari ini. 

Biarpun belum mendedahkan nama anaknya bersama-sama rapper A$AP Rocky itu, namun sumber terdekat memaklumkan bahawa anaknya itu berjantina lelaki.

Kali terakhir pelantun lagu 'Umbrella' itu dilihat diluar kediamannya adalah ketika sambutan Hari Ibu ketika dia dan Rocky sedang makan malam bersama di Giorgio Baldi, Los Angeles.

image is not available
Gambar: harpersbazaar.com

Terdahulu, Rihanna mengumumkan berita kehamilannya pada Januari lalu sambil berkongsi gambar yang cukup mesra bersama A$AP Rocky ketika mereka di New York. Dalam gambar itu dapat dilihat dengan jelas perut penyanyi itu yang semakin membesar. 

Sumber terdekat juga menceritakan bahawa Rihanna teringin menjadi seorang ibu dan mempunyai anak. Rihanna juga merasakan A$AP akan menjadi bapa yang baik untuk anaknya.

Rihanna dan A$AP dikatakan bakal berkahwin selepas melahirkan anak pertama. Namun belum ada apa-apa khabar berita mengenai perkahwinannya itu. Mereka sebelum ini dilaporkan bercinta sejak tahun 2020. 

Gambar: pinkvilla.com