Ford Membangunkan Ciri Mengurangkan Kelajuan Secara Automatik Apabila Di Kawasan Sekolah Dan Hospital

TechnologyDigitalCars
27 May 2022 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara isu yang menghantui ibu bapa ialah kenderaan yang bergerak laju di kawasan sekolah. Pernah berlaku beberapa insiden kanak-kanak dilanggar kenderaan yang tidak berhenti ketika mereka melintas jalan. Teknologi swapandu mampu menyelesaikan isu ini dengan menggabungkan juga teknologi geopagar.

image is not available

Apabila kenderaan memasuki kawasan sekolah atau hospital, ia akan secara automatik mengurangkan kelajuan mengikut yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sistem sudahpun diuji pada van E-Transit elektrik di Cologne Jerman bagi menguji keberkesanannya. Pemandu dapat melihat halaju yang ditetapkan terus pada skrin yang terletak pada meter kenderaan.

image is not available

Selain mengelakkan kemalangan akibat memandu terlalu laju di kawasan berbahaya, teknologi geopagar ini juga akan mengurangkan keperluan untuk memasang papan tanda peringatan di tepi jalan. Kos selenggara dan pemasangan dapat dikurangkan serta mengurangkan semak kerana ia mencemarkan pemandangan.