Ribuan hadir rumah terbuka Aidilfitri negeri di Hulu Selangor

15 May 2022 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HULU SELANGOR, 15 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor membuka tirai hari ini bermula di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

Dianggarkan, seramai 5,000 pengunjung hadir pada majlis yang diadakan selama tiga jam bermula jam 2.30 petang itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir pada jam 4.15 petang bagi meraikan majlis bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhammad.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar dengan kanak-kanak yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor pada 15 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Terdapat lebih 10 gerai menyediakan juadah Aidilfitri seperti ketupat, lemang, kuih-muih, ayam golek, laksa dan sebagainya yang disediakan untuk orang ramai.

Rumah terbuka itu bukan sahaja dihadiri umat Islam malah kaum lain turut sama memeriahkan majlis berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved