Peluang untuk mencuba Android 12 di Realme 9i telah dibuka

Digital
30 May 2022 • 10:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme UI 3.0 adalah sistem operasi hasilan Realme berasaskan Android 12. Pengeluar telefon itu kini menerima permohonan untuk menjadi pemandu uji Realme UI 3.0 untuk model telefon Realme 9i.

image is not available

Buat yang berminat, anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Menurut pengeluar telefon itu, Realme UI 3.0 membawakan antaramuka yang lebih segar, tahap keselamatan dipertingkat beserta tambah baik prestasi di segenap sistem.

image is not available

Berbekalkan AI Smooth Engine, ia dikatakan 30% lebih cekap penggunaan RAM, 13% lebih pantas dalam melancarkan APP dan 12% lebih cekap tenaga. Tahap keselamatan dipertingkat pada segi kebenaran mengakses maklumat tertentu boleh diperhalusi. Ia adalah salah satu ciri yang diterapkan pada Android 12 secara keseluruhannya.

image is not available

Pada segi keintuitifan, Realme membangunkan sistem operasi ini dengan mengambil kira peranti lain yang berada dalam ekosistemnya seperti laptop dan tablet. Contohnya, Realme UI 3.0 boleh memanfaatkan perisian PC Connect di Windows supaya telefon pengguna boleh diakses terus melalui paparan laptop.

image is not available

Akses awal terhadap Realme UI 3.0 sudahpun diberikan ke beberapa model telefon sebelum ini. Paling awal adalah Realme GT pada Oktober 2021 dan dalam suku pertama 2022 lalu, kita menyaksikan model seperti:

  • Realme X50 Pro 5G
  • Realme 7 Pro
  • Realme X7 Pro
  • Realme 7
  • Realme 8
  • Realme Narzo 30
  • Realme C25
  • Realme C25s
  • Realme Narzo 50A
  • Realme 8i