Israel serang majlis pengebumian di Baitulmaqdis, 70 cedera

18 May 2022 • 11:19 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

BAITULMAQDIS : Insiden pertempuran antara Palestin dan tentera Israel yang berlaku dalam majlis pengebumian di Masjid Al-Aqsa telah mengakibatkan 70 warga Palestin cedera.

Israel sengaja membuat kacau ketika penduduk Palestin sedang mengebumikan Walid al-Sharif, 23, yang meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat kecederaan ketika pertempuran di premis masjid Al-Aqsa, bulan lalu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, polis Israel melepaskan tembakan peluru getah dan grenad pegun di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis sehingga berlaku kecederaan ‘ketika pertempuran dengan tentera penceroboh’.

Sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran, orang ramai membawa jenazah walid ke premis Al-Aqsa dan menerusi Pintu Harod di Bandar Lama.

“Pasukan keselamatan Israel bertindak tegas terhadap ratusan individu yang melanggar undang-undang dan perusuh yang bertindak ganas dan membahayakan nyawa anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan advokasi Kelab Tawanan Palestin berkata, polis Israel memaklumkan hanya 15 individu ditahan namun angka sebenar adalah lebih 50 individu yang telah ditahan.

Pertempuran itu berlaku beberapa hari selepas polis menyerbu majlis pengebumian wartawan veteran Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh, yang mati ditembak ketika serbuan tentera Israel di Tebing Barat.

-AFP